Kepalaku botak lagi!

Hehehe... Kepalaku botak lagi! Sebenarnya rimas. Bila dah botak, baru la ringan sket kepala ni. Hehehehe...

Fuiyo! Berkilat kepala aku! :))

Ambek gambo sekerat je udah la!

Pastu plak dapat pulak uniform baru. 2 pasang. Ingatkan baru bercadang nak beli baju baru, tapi dah dapat yang ni, jimat sket duit aku! Kui kui kui kui!!!

Baju dah seluar yang masih lagi di dalam plastik!

New header & banner!!!

Hehehehe... I didn't have anything to do today, so I created a new header for my blog and also I added a new banner linked to P1 website! I really satisfied with the service so, I thought why not promoting it in my blog. Kire free advertising la nih! Hehehehe...

Also, I changed the name of this blog. Previously, it was named after a show, but now, I don't think it is relevent anymore. So, I changed it to Ijann's Life !. (^_^)

Happy surfing!

Stop n Go!

Lisa Loeb!

Lisa Loeb? Tau ke sapa tu? Sebenarnya, Lisa Loeb ni penyanyi indi yang nak kata popular tu, ntah la. Kat sini, memang la tak beberapa popular, tapi kalau kat US tu, rasanya terkenal jugak la. Lisa Loeb ni boleh jadi terkenal sebab 2 perkara. Pertama; sebab dia ni adalah penyanyi pertama yang dapat no. 1 dalam carta Billboard 100 sebelum menandatangani mana² syarikat rakaman/label. Yang kedua adalah disebabkan dia ni adalah penyanyi pertama yang mempopularkan pemakaian cermin mata (ala² tahun 60an).

Umur dia sekarang dah pun masuk 40 tahun. Tapi still lagi nampak kiyut! Lahir pada 11 Mac 1968 (harijadi aku 11 Mac), hehehehe.... Sama tarikh dengan birthday aku. But satu jer yang tak best, dia ni orang Yahudi. But hey! Aku bukan rasist! Tapi, aku tak nak cakap apa² pasal menda tu. Apa yang penting, aku suka bakat dia dalam nyanyian dan lagu dia memang best.

Bermula dengan hit single dia yang mempopularkan dia, Stay... Kemudian dia mengeluarkan album pula Tail, diikuti dengan Firecraker, Cake and Pie, Hello Lisa (Cake and Pie rerelease), Catch the Moon, The Way It Really Is dan yang terbaru Camp Lisa...

Tiap kali aku mendengar lagu Stay, sure aku akan terkenang waktu aku bersekolah di asrama dulu. Lagu Stay lah yang menjadi kegilaan ramai bebudak sekolah dan ianya terus menjadi nostalgia pada diri aku. Sampai sekarang, Lisa Loeb masih lagi menjadi penyanyi kegemaran aku. (^_^)


p/s: Lihat bakat, bukan pada latar belakang dia!

Ganti!

Hehehehe... Bulan puasa dah tak lama. Bulan depan jer! Kalau betul mengikut bacaan, bulan puasa mungkin akan jatuh pada 1 September, 2008. Tapi sebelum puasa bermula, kenalah ganti mana² puasa yang tertinggal.

Aku? Hehehehe... Puasa aku tahun lepas pun rongak gak! Tak cukup pun sebulan. Tapi tak payah la aku bagitau baper banyak hari aku rongak tu. Biar aku sendiri jer yang tau! Nak ganti pada hari² biasa, memang la banyak dugaan yang menanti. Asyik tertewas jer. Jadik, aku sebelum masuk bulan puasa bulan depan, inilah masanya untuk mengganti puasa yang tertinggal tahun lepas...

Hehehehe... Korang? Dah ganti ke blom? (^_^!)

Steadicam Merlin!

Steadicam? Amenda tu? Sebenarnya stedicam ni adalah salah satu device untuk videographer stablekan shot² yang derang amek. Dengan adanya stedicam ini, shot² video tidak lagi terketar² di mana shot akan menjadi begitu smooth dan cantik seolah² berada di atas sebuah dolly (pelantar bergerak).

Kenapa tak ramai yang menggunakan steadicam untuk video mereka? Ini adalah kerana stedicam terlalu mahal untuk dibeli dan selalunya hanya dapat diakses oleh studio² Hollywood sahaja. Lebih kurang dalam USD60,000. Mahalkan? Iyelah, menda berpaten, tak boleh la senang² diambil orang...

Tapi satu lagi versi stedicam yang boleh digunakan oleh public adalah "Stedicam Merlin". Device yang mempunyai konsep yang sama dengan origal steadicam tetapi lebih kecil dan mudah dibawa. Tak perlukan vest atau arm untuk menggunakannya. Just put in your video cam and go! Tapi harganya, masih lagi mahal! A whooping US800 ataupun lebih kurang RM3600.


Oleh kerana harganya yang mahal, telah banyak orang yang imitate design stedicam ini dengan cara membuatnya sendiri di rumah. Just search di Youtube mengenai Stedicam Merlin dan korang akan dapat melihat berapa ramai orang yang memberikan tutorial bagaimana untuk membina sebuah Steadicam Merlin... homemade!

Cubalah lihat bagaimana kesan selepas menggunakan steadicam ini.


This thing remain in my wishlist.

Dan lagik!

Ni pula adalah keratan akhbar yang disiarkan di surat khabar Metro pada 6 Ogos, 2008, mengenai kejadian pada hari Jumaat lepas. Terlepas jugak gambar aku ngan Along! Hehehehe... Gambar disedut dari blog Alang.

Aku berdiri disebelah Micheal Lai, CEO Packet One Sdn. Bhd.

Ni adik aku bulatkan muka aku ngan Along. Tapi tetap blur. Har har har har!!!

Iklan lagi!

Setelah 2 hari muka aku disiapkan di muka akhbar terkemuka tanahair, kini giliran abang sulung aku pulang menyusul. Terpampang muka dia di 4 surat khabar utama di Malaysia; Utusan Malaysia, The Star, The Sun dengan Sin Chew Jit Poh. Haiiii... Terkenal dan kecoh kejap la kat hospital tadik! Ekekekekeke...


2 gambar di Utusan Malaysia yang terpampang muka abang aku. Hehehehe... Yang lain aku tak tengok cemana. Ni sokkabo yang sama, cuma lain angle jer.

Close-up muka dia!

Yang ni pulak, iklan untuk media elektronik. Ada di website P1 untuk permulaan.

Ken Lee!

Korang sure penah dengar nama William Hung kan? Penyanyi yang suara dia tak sedap giler tapi dapat jadik terkenal sebab suara ngan kepelikan orangnya. Tapi korang penah tak dengar nama Valentina Hasan? Hehehehe... Dia ni kira macam William Hung jugak la versi perempuan. Berasal dari Bulgaria. Cuba untuk masuk Music Idol di sana dan menyanyikan lagi Mariah Carey. Lagu tersebut adalah "Without you" tetapi menjadi tajuk "Can't live" oleh Valentina Hasan. Kalau betul dia sebut "Can't live" tak per la jugak, tapi dia sebut "Ken Lee"

Aku pecah perut bila tengok dia menyanyi lagu tu. Dengan broken English yang tak hingat. Tapi satu la aku respect sebab dia berani menyanyikan lagu tu tanpa segan silu. Sekarang, dia dah menjadi famous di sana seperti William Hung. Dan versi lagu Valentina Hasan iaitu Ken Lee telah menjadi ikutan komuniti Youtube. Tak percaya, korang search "Ken Lee" dan tengok berapa ramai Youtubers yang menyanyikan lagu Without You versi Ken Lee ni.

So, tengok la 2 video klip di bawah. Mesti korag nak gelak pecah perut nyer! Hehehehe... Enjoy


Audition


Show

JQZ BBQ!

Pada hari Sabtu yang lepas, ahli² Jaquezee telah menghadiri satu majlis barbeque (BBQ) di rumah pasangan Man dan Yan di Cheras in conjunction with birthday Man. Memang satu majlis yang dialu²kan oleh semua ahli² Jaquezee sebab dah lama Jaquezeean sepi tanpa aktiviti selepas ke Zoo tempohari.

So! Seperti biasa, aku dan ahli Jaquezee lain yang telah diwar²ken tentang aktiviti ini mula la bergerak ke rumah Man dan Yan pada jam 5.00 petang. Aku, Ijat dan Sue bergerak sekali. Manakala Lan dan Shahrul pula telah pun berada di sana semenjak pagi lagi. Nak menolong Man dan Yan bersiap untuk majlis malamnya. Manakala yang lain pula datang kemudian. Reza dan Ana pula sampai pada jam 6.30 petang, manakala Mak Ngah, Bard, Adi dan Lia dikatakan akan sampai jam 9.00 malam disebabkan Adi yang belum habis bekerja.

Yan dan Man yang dah sedia untuk menerima tetamu!

Sampai sahaja di rumah Man dan Yan, didapati Shahrul dan Lan telah pun memulakan operasi mereka, menggoreng dan menumbuk. Menggoreng oleh Shahrul manakala menumbuk cili pula dilakukan oleh Lan. Reza, Ijat dan Man pula sibuk diluar rumah mengerjakan dapur untuk BBQ. Aku? Mengambil gambar! Hehehehe... Kira official photographer la nih! Yan ngan Sue plak tengah berbincang cemana nak menyeludup kek masuk ke dapur tanpa pengetahuan Man. Hehehehe...

Lan tengah menumbuk cili!

Shahrul tengah mencari barang untuk menggoreng...

Su tengah membetulkan kedudukan kek.

Tengah berbincang cemana nak sembunyikan kek...

Ijat tengah memecahkan arang...

Aku ngan Sue tengah ber"peace"ing...

Tengah ngidupkan arang...

Man naik moto gi ngambek Reza ngan Ana...

Reza ngan Ana tengah melepak!


Bila semua menda untuk pembakaran ayam dah siap sedia, maka lebih kurang jam 7.00 malam, kami pun mula la aktiviti berBBQ. Masing² tunjuk eksen sapa paling terrer memBBQ. Hehehehe... Sampai terbakar la dapur BBQ tu. Terrer tak terrer nyer derang nih! Rentung habis rak kasut si Yan ngan Man ni. Hehehehe... Dinasihatkan kepada Man dan Yan, cepat² la beli rak kasut baru! Kui kui kui!!!

Posing ler kome depan api tuh!

Ayam yang tengah dibakar...

Aku numpang sekaki kibas ayam. Sebenarnya, tu acting jer!...

HAHAHAHA!!! Sudah terbakar la itu dapur!!! API API API!!!


Bila kebakaran dapur BBQ tu dapat dipadamkan, maka terhasillah dapur baru yang membuatkan buah pinggang si Ijat, Man, Lan dan Reza seakan² nak meletup sebab kena duduk mencangkung untuk mengipas bara tu. Hehehehe... Tempat bakar kini dah menjadi kuntut gara² hanya dialaskan dengan 2 biji batu-bata di kiri dan kanan. Jadik la. Asalkan dapat berBBQ.

Gini ler dapur baru!!! Jadik aaa...

Lebih kurang jam 9.00 malam, acara pembakaran BBQ pun selesai. Memasing masuk ke dalam rumah untuk menunggu ketibaan Mak Ngah, Bard, Lia ngan Adi. Dapat la pulak panggilan daripada derang yang mengatakan derang datang lambat sikit sebab menunggu Adi balik kerja. Oleh kerana perut masing² dah pun berkeroncong, maka terpaksalah acara makan diadakan dahulu. Masing² makan dengan pelahap sebab dah kebuluran. Hehehehe... Sambil makan tuh, kitaorang yang ada kat situ masing² melayan cerita "Happy Feet" yang sesungguhnya mencumul lagi mencumulkan!

Lan Ada mau tercabut ka itu pinggang?

Aktiviti makan bermula!!!

Sambil makan, sempat lagi amek gambo tuh! Eh! Yang blah kiri tu ngambil kesempatan plak ek?!!!

Muka seronok Man dapat makan reramai kat umah dia!

Dah kenyang, layan "Happy Feet"!

Lebih kurang jam 11.00 malam, tibalah rombongan terakhir iaitu Mak Ngah, Bard Adi dan Lia. Maka cukuplah korum untuk mengadakan acara climax iaitu acara meniup lilin atas kek. Tapi sebelum tu, sambil makan memakan juadah yang ada, Yan dan Sue sibuk kat dapur (tanpa pengetahuan Man) untuk menyediakan lilin atas kek.

Ketibaan Mak Ngah, Bard, Adi ngan Lia...

Amboi! Dah dapat makan tak nampak kiri kanan...

Bard posing ala² model supinda gitu!

Hehehehe... Penuh mulut ngan makanan!

Sukanya Lia dapat makan! Senyum lebar!

Bila kek dah siap, Yan bagik isyarat kepada Ana untuk menutup lampu. Bila dah tertutupnya lampu, maka ramai² menyanyikan lagu Happy Birthday yang lari tune. Hehehehe... terkejut beruk Man. Tapi, apa² pun, kek dipotong dengan rasminya menandakan Man dah pun jadik orang yang dah tua (macam Incik Admin!). Amacam Man? Terasa tak proses penuaan di muka tuh? Kui kui kui kui...

Maka, sambil memakan kek dan memakan ayam BBQ, kami menyambung kembali menuntunan tivi dengan rancangan... Mmmm... Aku pun dah lupa tajuk dia. Citer apa tu aaa korang? Bagitau aku. Nanti aku edit balik!!!

Gaya macho Man memotong kek!

Ini la kek yang disuprisekan untuk Man...

Dapat adiah lagik!

Gambar beramai²...

Satu perkara yang tak dapat kami lupakan pada masa ini adalah ketika sessi mengambil gambar beramai². Aku terlupa nak tutup setting kamera daripada video. So, lepas habis setup kamera atas tripod, Man pun dengan konfiden menekan kamera tu dan kemudian berlari mengambil tempat. Masing² pulak duduk frozen depan kamera sambil menunggu flash bercahaya. Tapi bila tengok tiada flash, masing² ingat gambar dah diambil, tapi bila aku bangun dan melihat kembali kamera itu, barulah perasan, kamera dalam setting video. Bila diplaybackkan balik, di tivi, masing² pecah perut tengok diri memasing tengah ready nak ambik gambar... Hehehehe... Nanti aku hapload video tu kat dalam Youtube!

So, lepas habis kiteorang preview semua gambar dan video yang diambil, masing² pun dah berkira² nak balik. Jadik, lepas jam 1.00 pagi, bermulalah kami mengambil langkah masing² untuk pulang. Kecuali Lan, Shahrul, Ana dengan Ijat yang tinggal bermalam di rumah Man dan Yan dan akan pulang keesokan harinya.

Incik Admin ngan buzday boy!

Masa untuk pulang!


Sekian, Ijann melaporkan!

p/s: Pas nih, buat BBQ untuk Yan plak!

Ads!

Hehehehe... Hari ni, seperti yang telah Mike janjikan, iklan P1 W1MAX yang menonjolkan muka aku sebagai antara pengguna berbayar pertama wimax di Malaysia dan Asia reagon telah diterbitkan. Ianya diterbitkan di 4 buah surat khabar utama Malaysia iaitu The Star, Utusan Malaysia, The Sun dan satu lagi surat khabar cina yang tak tau aku nama apa. Terasa glamer kejap!

Iklan P1 W1MAX yang diterbitkan pada 4 Ogos, 2008 di The Star.

Ni plak iklan P1 W1MAX yang diterbitkan pada 4 Ogos, 2008 di Utusan Malaysia.

Yang ni plak, adalah contoh iklan untuk media elektronik pulak. Tapi aku tak pasti untuk media elektronik yang mana.

5s

As I promised, here are the pictures of 5s program participated by my unit. And to Ney a.k.a. Yan, boleh la buat contoh kat opis plak pas nih! Hehehehe...

Tea corner...

Label nama orang yang bertanggungjawab untuk rak fail...

Label untuk semua fail...

Kena tunjuk keadaan sebelum 5s dan selepas 5s...

Gantt chart dan mereka yang bertanggungjawab untuk tempat yang lain...

Parking untuk barang yang dikongsi, jugak kena label!...

Notice board untuk 5s, dan yang ada arrow tu, orang yang bertanggungjawab untuk board...

Ni label rak aku!...

Ni pulak rak yang dipertanggungjawabkan untuk aku...

Mulanya, memang aaa leceh nak buat 5s nih, tapi lepas semua orang bersama² take part, everything goes smooth. 5s la katakan = Sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal...