Kawan lama...

2-3 hari semenjak aku dipelawa oleh kawan aku Bolean untuk join Facebook, ramai giler kengkawan lama yang aku jumpa. Dari STAR, ke UM sampai la ke MDC. Tapi, apa yang lebih menyeronokkan (!), adalah bertegur sapa dengan kengkawan sekolah lama... Tapi, aku agak sedih sebab tak dapat nak cari kengkawan dari sekolah menengah lama aku, Sekolah Menengah Ulu Kinta (Yang sekarang dah dikenali sebangai Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta). Hehu!!!

Antaranya kengkawan lama yang dapat aku hubungi adalah dari STAR iaitu Helmi, jiran katil aku semasa di Star. Lama jugak aku berborak ngan dia kat YM. Hehehehe... Maklumlah, kawan lama. Satu kelas plak tuh, sebelah katil, satu batch freshies. Dari khabar terbaru yang tahu, dia sekarang ni tak berapa sihat macam dulu. Sedih aku dengarnya. Slalu berulang alik ke hospital... Hmmmm... Tapi, dia jugak cakap yang dia dah semakin sihat. Itulah yang aku nak, malah bukan aku sorang jer, semua yang kenal dia la nakkan dia sihat macam dulu.

So, untuk Helmi, banyakkan rehat okay! Let your body get a good rest and heal itself! InsyaAllah!

p/s: Nanti aku update lagi sekiranya aku dapat contact kengkawan dari SMUK/SMKUK.

Mimpi terindah... 1

Dia memegang tanganku kemas sambil berjalan tanpa sebaris ayat yang keluar dari mulutnya. Ternyata cinta yang telah tersemai sejak lama dulu, kini sudah pun bersemi. Kian bercambah untuk menjadi kuntum² mekar... Sambil tersenyum, kami berjalan berpegangan tangan pada jemari yang semakin erat tersusun. Langsung tidak mempedulikan sekalian yang ada di khalayak. Cinta yang kian dirasai membutakan mata dari pandangan liar yang memerhati...

Tiba pada penghujung jalan di mana hanya rimbunan pepohan yang meredupi hari yang telah sekian redupnya. Di kiri dan kanan tersusun bebunga aneka warna, dan kami duduk di bangkuan yang tidak berpenghuni. Kicau burung yang semakin hilang bersusur dengan bunyian cengkerik menandakan hari yang kami lalui sudah semakin lewat. Namun masih belum ada sepatah kata yang keluar dari bibir masing². Malu untuk mengucapkan namun kuntum² senyum berbalas dengan setiap pandangan.

Sesekali, kaki menguis² tanah kering yang berada di kaki. Setidak satu perkataan yang terkeluar, namun hati masih lagi puas bila dapat menghabiskan masa bersama. Walau dengan hanya satu senyuman, hati sudah menerima segala ucapan yang diingini semenjak dahulu, dan setiap pandangan yang diberi telah terungkai segala persoalan yang dahulu tercari² dari dalam fikiran... Dan apabila kelingking ini terpaut pada kelingkingnya, seolah dunia mengerti perasaan yang selama ini telah terpendam... Dan masa berlalu dengan kebahagiaan yang sukar untuk difahami realiti...

***

Site lama yang tak jadik nak pupus!


Hehehehe... Satu lagik menda yang aku jumpa masa aku menggodek url² lama. Aku hingatkan, site ni dah lama pupus, rupa² masih hidup lagik. Nostalgia giler!

Site ni aku develop tahun 2001 yang tak sempat nak aku siapkan. Aku tinggalkan separuh jalan. Mungkin sebab aku susah nak online kot ketika tu. Maklumlah. Asik ulang alik CC jer. Sejam dah RM2, nak menyiapkan mungkin gak berjam². Yang aku ingat, aku dah lost interest ngan site ni dan aku abandon jer macam tu...

Waktu ni, aku masih lagi gila dengan komuniti Melayu.com dan aku menyertai semua aktivitinya... Semua yang terkandung dalam site tu adalah berkisar tentang perjalanan hidup aku waktu bersama dengan Melayu.com. Terkenang balik suasana meriah ketika tu. Nostalgia betul... Bagik korang yang nak gi site tu, boleh la gi kat alamat nih:

My Xone

Hehehehe...

Baby Ijann...



Hek ele! Ntah cemana, tadik aku godek punya godek, aku terjumpa 2 keping gambo ni. Hehehehe... Gambo aku masa tengah baby. Wallaweh! Klasik giler gambo!

Setahun...

Sedar tak sedar, dah kat setahun berlalu semenjak aku memulakan blog ni. Dah memacam yang aku tulis dan postkan kat dalam blog ni sehinggakan aku sendiri tak tahu apa lagi yang perlu aku tuliskan... Walaupun dah kekeringan idea, tetap jugak aku buat post yang ntahapehape untuk mengelakkan blog ni dari bersawang... Hehehehe...

Well... I'm looking forword to another year, and another... and another...

Jaquezee di 1 Syawal...

Inilah antara gambar² ahli² Jaquezee di pagi raya. Telah menjadi tradisi bagi kami untuk bertukar² gambar sambil menunjukkan baju raya di pagi 1 Syawal. Hehehe...

Sue yang beraya di Melaka. Bestnya rumah kampung tu!

Adie yang beraya di opis. Alalala... Siannya dia!

Ijat yang juga beraya di opis tapi tetap menten dengan baju rayanya! Cayalah!

Lan yang meraikan 1 Syawal di Parit Sulong, Johor...

Lia dengan baju kebaya beraya di Sabah nun...

Ana, Ida dan Shahrul tak kurang hebat menunjukkan baju raya memasing!

Hehehehe... Memasing hebat di pagi raya. Bila nak buat open house?

Kaca mata!


Inilah aku yang telah berkaca mata dan seterusnya telah menandakan bahawa aku semakin hari semakin tua. Uhuhuhuhuhu... Adey!!!

Tersayang!


Inilah bonda dan ayahanda aku yang tersayang. Hjh. Rohani dan Hj. Marzuki.

Memori 1 Syawal...

Sebenarnya, aku dah malas nak buat posting pasal hari raya nih, sebab dah banyak sangat. Tapi tak per la, aku hapdetkan kat korang memori aku pada 1 syawal hari tuh. Aku sedut jer gegambar dari blog adik-beradik aku, malas plak nak upload...

Waktu makan besar selepas sembahyang sunat Aidilfitri.

Alang yang sedang bermaafan dengan mak.

Sedang aku bermaafan dengan abah...

Kakak ipar aku pula mengambil tempat untuk bermaafan...

Keluarga along bersama mak ngan abah...

Ni gambar kami adik beradik...

Kami sekeluarga...

A happy family!

Selepas sahaja aku dan keluarga mengambil gambar official pada setiap hari raya, kemudian kami adik beradik bergambar aksi bebas pula...

Adik tengok utara, aku tengok selatan... Hehu...

Angah dan alang yang chumel... Kunun!

Adik tercekik tulang, along nak tembak kapla...

Hmmm... Tak tau nak komen apa yang ni. Hehu! Hahahaha...

Along yang nak menumbuk muka alang sebab dia jelir lidah. Kui kui kui kui!!!


Itulah antara foto² yang dapat aku letakkan di dalam blog aku nih. Kalau nak diikutkan banyak lagi gegambar. Tapi, makan masa pulak nak hapload. Jadik, ini jer la yang dapat aku bagik. Janji ada... Hehehehe...

p/s: Aku telah menyedut semua gambar ni dari blog alang dan along. Tima kaseh!

Kabur!

Huhuhuhu... Semenjak dua menjak aku baek dari demam hari raya tempohari, aku rasa pandangan aku semakin kabur dari biasa. Selalunya, bila mata aku kabur bila habis membaca atau melihat benda² dekat, aku akan cepat² memandang pandangan yang jauh dan menghijau untuk membetulkan balik penglihatan dari terus kabur. Kemudian cerah balik la penglihatan. Tapi, teknik ni dah tak dapat nak aku praktikkan. Jenuh la aku menghabiskan berminit² memandang luar pintu pejabat, namun penglihatan aku masih lagi kabur...

Ape ke he? Menggelabah dah sebenarnya aku nih. Tapi aku buat "sejuk" jer. Last², tak puas hati, tadik aku pun berkunjung la ke sebuah kedai cermin mata di Time Square lepas kerja, sempat lagi menonton wayang citer "Eagle Eye" sebab nak ngetest dulu mata sebelum berkunjung ke kedai tu...

Pas aku interbiu mamat cina kat kedai tu, aku pon terus la membuat eye test kemudiannya. Mak Ngah yang menemankan aku menonton wayang dan ke kedai tu tersengih jer bila tengok result yang kuwa dari mesin tuh. Hehu! Aku sepatah haram tak tau apa makna test result tuh. Menurut kata Mak Ngah, kuat jugak power kalo nak buat mata tambahan nih. Huhuhuhu... Begitu teruk ka?

Ahhh... Lantok la. Janji penglihatan aku tak lagi kabur untuk melihat objek² jarak jauh nih. Esok siap la aku nyer cermin mata, dan esok aku akan tersenarai dalam ketegori orang bermata empat! Waaaaa...

p/s: Mesti lawak kan aku pakek cermin mata nih! Huuuuuu...

Kembali bekerja!


Urghhh... Dah setat keje ke? Aku langsung tak de mood nak keje hari ni. Dah la aku tak tidur semenjak balik dari kampung malam tadi... Tak tau la cemana aku kat office nanti. Tersengguk-sungguk agaknya. Tapi nasib baek la bos ngan supervisor aku masih lagi bercuti.

Hmmm... Kalo ikutkan ati nak je tido kat rumah. Tapi tak pe la, dah seminggu tak produktif kat kampung. Sekarang nak ringan-ringankan tulang pulak. Kalo aritu atmosfera masih lagi membatas, sekarang atmosfera dah normal balik...

p(^_^)q Ganbaro Ijann!!!

Dah balik KL dah!!!

Huhuhu... Aku dah pun sampai ke KL dalam pukul 12.30 tengah malam tadik. Penat sungguh perjalanan walaupun bukan aku yang bawak kereta. :p Sampai kat rumah terus aku on pc dan terus online. Nak tengok apa menda yang aku terlepas since aku balik kampung seminggu yang lalu.

Semenjak raya yang pertama, aku dah tak nganto dah post. Bukan apa, aku dan keluarga telah diserang demam selesema yang teruk. Bermula dengan anak saudara aku, kemudian menjangkiti aku, Alang, Adik dan kemudian Abah. Masing² terbatuk² dan sakit² tekak yang teramat sangat. Yang terdemam pun ada. Aku pun sama gak. Dengan batuk, sakit perut, demam dan sakit kepala... Nasib baik la kena raya yang kedua. Kalau raya yang pertama? Huhuhuhu... Aku dok jer la rumah sambil melayan Astro dan kengkadang game sampai la nak balik ke KL. Pun batuk dan sakit tekak tak hilang lagik!

Dah sampai kat KL, tak bley pulak nak tido! Cis dan cis dan cis! Ni semua gegara melayan Discovery Channel sampai kul 5 pagi. Hehu! Esok nak kerja plak tuh! Apsal la tak ngantuk!!! Apa² pon, asalkan tak terlajak udah!

Okay la. Nanti aku sambong. Banyak gambo yang nak aku post nanti! Hehehehe... Balik keje esok la! Daaa...

Selamat Hari Raya...


Sekali lagi aku hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin, kepada semua pengunjung blog aku ni terutama yang membaca dua tiga hari kebelakangan ini...

Walaupun aku berjauhan dengan pc ketika ni, namun aku tetap tak lupa untuk mengupdate blog walaupun aku terpaksa berhabis duit kerananya. Tapi tak kisahlah. Janji dapat berblogging.

Adik beradik aku pelik gak cemana aku dapat post memenda kat blog sedangkan aku langsung tak meninggalkan rumah. Hehe... Dunia dah canggih! Blog dari phone je aku jawab. Tapi tak semua phone boleh. Macam tipun aku ni; Sony Ericsson K550i memang dah ada feature ni. So, gunakan aje la.

Membebel plak aku ni. Nantilah, bila dah depan pc, aku post pepanjang. Daaa...

Bermaafan...


Menjadi tradisi untuk bermaafan di Hari Raya di antara kami. Dosa yg setahun yang dilakukan terlerai dengan ketulusan hati memohon maaf serta dihalalkan makan dan minum...

p/s: buat balik dosa untuk setahun... :p

Sembahyang raya...


Pagi-pagi aku dah dibangunkan oleh mak dan abah aku untuk bersiap untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Bila semua dah ready, kami sekeluarga mula bergerak ke masjid lebih kurang dalam jam 8.15 pagi cam tu. Habis sembahyang sunat lebih kurang dalam jam 9.45 pagi.