Bermaafan...


Menjadi tradisi untuk bermaafan di Hari Raya di antara kami. Dosa yg setahun yang dilakukan terlerai dengan ketulusan hati memohon maaf serta dihalalkan makan dan minum...

p/s: buat balik dosa untuk setahun... :p

Sembahyang raya...


Pagi-pagi aku dah dibangunkan oleh mak dan abah aku untuk bersiap untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Bila semua dah ready, kami sekeluarga mula bergerak ke masjid lebih kurang dalam jam 8.15 pagi cam tu. Habis sembahyang sunat lebih kurang dalam jam 9.45 pagi.

Takbir raya...


Seperti tahun-tahun yang lepas, sekumpulan jemaah dari masjid Tanjung Rambutan datang ke rumah untuk mengambil keberkatan bertakbir beramai-ramai. Kedatangan jemaah masjid ini dari rumah ke rumah telah menjadi tradisi sejak sekian lama.

Semoga amalan ini terus berkekalan sehingga bila-bila...

Berbuka di Ramadhan terakhir!


Alhamdulillah... Selesai sudah ibadat puasa untuk tahun ni. Aku dan keluarga berbuka besar di rumah sebelum Hari Raya esok.

Waktu ini, takbir raya sudah mula berkumandang di mana-mana. Sayu sekejap bila mendengarnya. Semoga Ramadhan tahun hadapan akan lebih bermakna. InsyaAllah...

Kesibukan bermula!


Mulalah aku menganyam sarung ketupat untuk dimasak esok... Lemang? Hehehe... Seumur hidup tak pernah pun masak lemang sebab tak tau pun caranya nak masak menda alah tu. Tetiap tahun, memang ketupat yang menjadi pilihan.

Lusa raya!


Baru jap tadi diumumkan kt tivi yang HarI Raya Aidilfitri jatuh pada 1hb Oktober, 2008. Maka, hari Rabulah raya... Hehe...

Nasib baik la lusa, kalo esok, maknanya tak adalah juadah istimewa hari raya sebab mak aku langsung tak prepare apa-apa untuk esok. Semuanya belum dibeli sebab kononnya memang dah tau raya jatuh pada hari Rabu. Nasib baiklah hari Rabu... Kalo esok? Matilah!

Apa-apa pon, tarikh raya dah tau... Esok bizi la jawabnya.

Shopping...


Aku hari ni membawa anak sedara aku membeli belah di Jaya Jusco Kinta City. Saja aku ajak adik aku skali sebab malas nak drive. Bila di sana, aku dengan adik aku pun split untuk mencari barang memasing.

Aku bukan nak cari apa pun. Stakat nak bawa anak buah aku berjalan. Sambil tu beli la barang yang dia berkenan. Cuma lekat kasut je kat dia.

Aku plak, cuma beli kek je yang mak aku soh beli. 4-5 jenis aku beli. Puas ati. Aku memang malas nak beli bebarang untuk diri sendiri tiap raya sebab memang aku tak suka pun. Pakai la mana yang ada. Tahun lepas punya pun okay lagi. Hehe...

Gaming night...


I must confess... Spending the night at my hometown is kinda boring without much thing to do. Having Astro does not curb the boringness if there are not much to watch.

Lucky that I brought along the PS3 with me. So the night won't be as boring as yesterday. Hehe...

Game on!

Hari kedua...


Hari kedua aku di kampung masih lagi tak produktif macam semalam. Mungkin aku belum lagi biasa dengan keadaan puasa kat kampung kot. Tapi entahlah...

Walaupun aku bangun agak awal hari, namun aku lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton Astro dan menyakat anak buah aku yang sorang ni. Petang pulak, rumah aku didatangi pakcik aku yang datang dari kampung. Dia akan beraya bersama kami semenjak pemergian nenek aku awal tahun ni. Kemudian adik bongsu aku pulak sampai. Makin lama makin meriah rumah kami.

Sebelah malam pulak, lepas berbuka, aku duduk sekejap depan rumah sambil melihat anak buah aku bermain seremban dengan kengkawannya, sedang aku pula tengah menaip entry blog ni dalam telefon untuk dipost. Hehe... Yang lain pulak semua dah ke masjid untuk berterawih.

Esok, abang dengan kakak ipar aku pula akan pulang. Semakin kecoh la rumah nanti. Hehu...

Hari pertama...


Hari pertama aku di kampung, aku bagaikan terkena mabuk tidur. Walaupun aku tidur agak awal malam tadi, tapi setelah bangun untuk sahur, terasa seperti urat tidur aku disentap. Tak dapat aku nak mengekang rasa untuk terus tidur. Adoiyaiii... Macam nak balas dendam pula rasa kurang tidur aku sepanjang bulan puasa ni.

Malam tadi juga merupakan kali pertama aku bangun sahur awal pagi. Terasa mata ni macam tak dapat dibuka langsung, sambil menyumbat makanan dalam mulut. Walau macammana pun habes jugak nasik dalam pinggan.

Aku tak tau la apa aku nak buat pas ni. Nak tidur lagi tak mungkin kot. Waktu berbuka pun dah dekat. Kerja tengok tv je la kot!

Huhu... Tak produktif langsung hari aku.

Sampai gak akhirnya!


Alhamdulillah... Akhirnya sampai gak aku ngan adik aku ke kampung halaman. Walaupun perjalanan selama 3 jam yang memenatkan, aku tetap puas hati apabila dapat berjumpa dengan mak dan mencium pipinya...

Nanti aku update lagi. Aku nak rehat jap. Mata dah ngantuk... Jam pun dah pukul 12 lebih. Slalunya waktu gini aku memang dah ngantuk. Daaaa...

Perjalanan pulang...


Perjalanan yang jauh amat memenatkan. Walaupun bukan aku yang memandu, tetapi perjalanan yang memakan masa cukup membuatkan aku kebosanan, kehausan dan ketidak selesaan.

Perjalanan pulang ke Ipoh ni, selain aku dan adik aku, turut disertai oleh Siti; tunangan adik aku. Hehehe... The more, the merrier.

Harap-harap, perjalanan lancar dan kami sampai ke kampung dengan selamat untuk berjumpa bonda dan ayahanda tercinta.

p/s: Rindu pada bonda dan ayahanda.

Kali terakhir...


Berbuka buat kali terakhir dengan bebudak Jaquezee sebelum aku bertolak ke Ipoh. Mekasih kepada kengkawan semua yang semua yang sudi meluangkan masa berbuka puasa bersama.

Semoga tahun depan kita dapat berbuka puasa bersama lagi, tak kira apa jua yang terjadi... Love you guys!

Tak sabar...


Hehehe... Ni la muka aku kat opis yang dah sabar nak habiskan opis hour untuk pulang ke rumah. Kepala aku time ni dah sampai ke Ipoh dah. Tak de mood nak buat keje. Lagipun, banyak keje belum settle kat rumah nun. Nak packing lagi... Nak mengemas lagi... Hmmm...

Mobile blogging...

Ola eberibodi! Oleh kerana aku bercuti selama lebih kurang seminggu untuk berhari raya, aku akan berblogging secara mobile saja dari handphone aku. Mungkin post untuk seminggu ni akan kelihatan agak berterabur sedikit (sebab tak ada tools untuk editing)...

Jadik! Keep on getting the updates on my raya okay... Daaa!!!