So, enjoy the video!
Hehehehe... Let it out!
So, enjoy the video!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Wednesday, August 20, 2008 1 comments
Labels: Report
P1 W1MAX Grand Launch...
Aku mula bertolak dari rumah pada jam 12.30 tengahari dengan menaiki LRT ke KLCC. Apabila sampai di KLCC, aku hanya berjalan sahaja ke Hotel Mandarin Oriental yang tidak berapa jauh dari situ. Tepat jam 1.30 petang, aku berjumpa dengan Along di hadapan Hotel Mandarin Oriental dan kami berdua bergerak masuk ke dalam.
Acara pelancaran P1 W1MAX ni diadakan di Grand Ballroom di tingkat satu. Sampai sahaja kami ke sana, sudah ramai media dan tetamu jemputan yang sampai. Kami berlegar² dahulu di hadapan dewan. Masih terlalu awal. Kami mendaftar dahulu di meja pendaftaran untuk mendapatkan tempat. Pada mulanya, pendaftar tak berjumpa nama kami berdua, tapi lepas kami memberitahu bahawa kami adalah subscriber yang pertama dan kedua, barulah pendaftar berjumpa nama kami dan membari ucapan tahniah kerana berjaya menjadi pelanggan yang pertama dan kedua. Kemudian, pendaftar itu mengecop tangan kiri kami sebagai tiket untuk masuk ke acara pelancaran ini.
Sebelum masuk ke dewan, aku dengan Along berjumpa sekejap dengan Simon dan kemudian kami mengambil gambar bersama di tempat yang dikhaskan. Macam Academy Award pulak rasanya. Hehehehe... Dan gambar yang kami ambil dicetak serta merta. Simon sempat ambil autograph aku ngan Along. Chet! Hehehehe...
Dimulakan dengan ucapan daripada Micheal Lai, CEO Packet One Sdn. Bhd., ianya diikuti pula dengan ucapan daripada YB Dato’ Shaziman Abu Mansor. Acara kemudian diikuti pula dengan persembahan pendek daripada "Lady Lazer" yang didatangkan khas daripada Australia. Habis sahaja persembahan tersebut, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor pun merasmikan P1 W1MAX. Meletup kejap bunga api kat screen utama yang menandakan bahawa P1 W1MAX sudah boleh didapati oleh orang ramai! Hehu!!!
Habis sahaja live telecast dari JB dan Subang Heitech, acara diteruskan dengan rolling VT mengenai testimoni pengguna² pertama P1 W1MAX di screen. Hehehehe... Gambar aku yang derang shoot waktu di bilik aku tempohari ditayangkan di sini sekali lagi. Sama jugak dengan Along. Kui kui kui kui... Glamer sekejap aku rasa.
Seterusnya adalah acara pemberian award dan plak kepada 10 pelanggan pertama P1 W1MAX. Yang specialnya tentang award ni adalah, aku, Along dan 8 lagi pengguna pertama tersenarai di dalam "Malaysia Guinness Book of Record" sebagai pengguna pertama yang menggunakan wimax di Malaysia (dan Asia amnya). Secara tak langsung, aku dan Along melakar sejarah kami sendiri. Bukan senang nak tersenarai dalam Malaysia Guinness Book of Records. Dan P1 jugak melakar sejarah di dalam Malaysia Guinness Book of Records sebagai operator wimax pertama di Malaysia (dan Asia). Bangga sungguh!
Sambil menikmati persembahan, kami juga dihidangkan dengan hi-tea. Dapat la melapik perut yang lapo nih! Hehehehe... Maklum la, tak makan tengahari tadik! So, bila habis semua persembahan, MC pun mengumunkan bahawa acara pun melabuhkan tirainya. Dan semua tetamu yang datang mula bersurai.
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Tuesday, August 19, 2008 0 comments
Labels: Report
Iklan Louis Vuitton.
Iklan ni berkisar mengenai Aya yang handphonenya ditelan oleh oleh Panda LV, yang kemudiannya menelah Aya sewaktu dia cuba untuk mengambil telefonnya kembali. Dan di dalam perut Panda LV tu, dia dibawa ke dunia khayalan. Based on characters created by famed superflat artist Takashi Murakami.
Enjoy!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 18, 2008 0 comments
Speed for today!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 18, 2008 0 comments
Muka aku kat website P1.

Apa pun, apportunity cenggini bukan slalu dapat pon. Mungkin ini adalah yang pertama dan terakhir. Jadik, sebelum aku lupa pasal menda ni, lebih baik aku abadikan! (^_-)v Peace!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 18, 2008 1 comments
Harian Ijann
So, korang boleh pergi ke link ni: Harian Ijann
Setakat ni, baru ada 2 post. But will be added more, kalo aku rajin! Ja'
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 18, 2008 0 comments
Discovery Channel
Lepas ni aku nak try pulak stream beberapa lagi channel kegemaran aku kat PS3 nih. Next stop G4TV! Hehehehe...
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 18, 2008 0 comments
Labels: Games and Anime
Test je ni!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Sunday, August 17, 2008 0 comments
Labels: Mobile Blogging
Adehhhh...
Only 60% done! Ouch!!!!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Saturday, August 16, 2008 0 comments
Kepalaku botak lagi!
Pastu plak dapat pulak uniform baru. 2 pasang. Ingatkan baru bercadang nak beli baju baru, tapi dah dapat yang ni, jimat sket duit aku! Kui kui kui kui!!!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Friday, August 15, 2008 0 comments
New header & banner!!!
Also, I changed the name of this blog. Previously, it was named after a show, but now, I don't think it is relevent anymore. So, I changed it to Ijann's Life !. (^_^)
Happy surfing!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 11, 2008 0 comments
Lisa Loeb!
Umur dia sekarang dah pun masuk 40 tahun. Tapi still lagi nampak kiyut! Lahir pada 11 Mac 1968 (harijadi aku 11 Mac), hehehehe.... Sama tarikh dengan birthday aku. But satu jer yang tak best, dia ni orang Yahudi. But hey! Aku bukan rasist! Tapi, aku tak nak cakap apa² pasal menda tu. Apa yang penting, aku suka bakat dia dalam nyanyian dan lagu dia memang best.
Bermula dengan hit single dia yang mempopularkan dia, Stay... Kemudian dia mengeluarkan album pula Tail, diikuti dengan Firecraker, Cake and Pie, Hello Lisa (Cake and Pie rerelease), Catch the Moon, The Way It Really Is dan yang terbaru Camp Lisa...
Tiap kali aku mendengar lagu Stay, sure aku akan terkenang waktu aku bersekolah di asrama dulu. Lagu Stay lah yang menjadi kegilaan ramai bebudak sekolah dan ianya terus menjadi nostalgia pada diri aku. Sampai sekarang, Lisa Loeb masih lagi menjadi penyanyi kegemaran aku. (^_^)
p/s: Lihat bakat, bukan pada latar belakang dia!
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 11, 2008 0 comments
Ganti!
Aku? Hehehehe... Puasa aku tahun lepas pun rongak gak! Tak cukup pun sebulan. Tapi tak payah la aku bagitau baper banyak hari aku rongak tu. Biar aku sendiri jer yang tau! Nak ganti pada hari² biasa, memang la banyak dugaan yang menanti. Asyik tertewas jer. Jadik, aku sebelum masuk bulan puasa bulan depan, inilah masanya untuk mengganti puasa yang tertinggal tahun lepas...
Hehehehe... Korang? Dah ganti ke blom? (^_^!)
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Monday, August 11, 2008 0 comments
Steadicam Merlin!
Kenapa tak ramai yang menggunakan steadicam untuk video mereka? Ini adalah kerana stedicam terlalu mahal untuk dibeli dan selalunya hanya dapat diakses oleh studio² Hollywood sahaja. Lebih kurang dalam USD60,000. Mahalkan? Iyelah, menda berpaten, tak boleh la senang² diambil orang...
Tapi satu lagi versi stedicam yang boleh digunakan oleh public adalah "Stedicam Merlin". Device yang mempunyai konsep yang sama dengan origal steadicam tetapi lebih kecil dan mudah dibawa. Tak perlukan vest atau arm untuk menggunakannya. Just put in your video cam and go! Tapi harganya, masih lagi mahal! A whooping US800 ataupun lebih kurang RM3600.
Oleh kerana harganya yang mahal, telah banyak orang yang imitate design stedicam ini dengan cara membuatnya sendiri di rumah. Just search di Youtube mengenai Stedicam Merlin dan korang akan dapat melihat berapa ramai orang yang memberikan tutorial bagaimana untuk membina sebuah Steadicam Merlin... homemade!
Cubalah lihat bagaimana kesan selepas menggunakan steadicam ini.
This thing remain in my wishlist.
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Saturday, August 09, 2008 0 comments

