Family Day Finance Services APSH 2008

So, kehangatan Family Day Finance Services APSH dah pun mulai kurang. Walaupun masih ada cerita-ceriti yang didengari pagi ini sewaktu masuk kerja pagi tadi mengenai perjalanan hari keluarga yang kami lalui kelmarin dan semalam...

Apa² pun, hari keluarga yang telah berlangsung memang meriah. Masing² dengan keceriaan masing². Aku pun tak terkecuali. Ceria kerana dapat melupakan seketika kepala yang sedikit berat dengan kerja.

Jadi sekarang aku akan memulakan report Family Day Finance Services APSH 2008 bermula pada hari kejadian sehinggalah penutup.

Selepas habis kerja pada hari Sabtu 12 April, 2008, kami yang mengikuti hari keluarga semuanya bersiap² untuk memulakan perjalanan ke Jeram, Kuala Selangor, lokasi yang telah dipilih oleh organizer. So, setelah semuanya sedia, semua yang bercadang untuk konvoi akan bertemu di restoran Kunang² sebelum sama² bertolak ke Jeram. Walaupun begitu, tak semua yang ada menunggu yang lain tiba kerana masa yang telah dijanjikan telah lewat berlalu. Ada yang memulakan perjalanan terlebih dahulu dan ada juga yang masih menunggu. Aku adalah antara mereka yang masih menunggu (aku ikut kereta Azri) kerana perjanjian untuk bergerak bersama dengan Encik Fendi (bos) masih lagi valid.

Kak Shima dan Kak June sewaktu menunggu di restoran Kunang²

Aku di dalam kereta Azri.

So, selepas Encik Fendi sampai, kami pun memulakan perjalanan ke Jeram. Waktu ini, ada 5 sehingga 6 kereta yang mengikuti konvoi Encik Fendi sehinggalah kami sampai di kem askar tidak jauh dari Sungai Buluh apabila selebih kereta yang bergerak dahulu tadi menunggu ketibaan kami.

Encik Fendi dan Azri berbincang sesuatu...

Menunggu ketibaan kereta yang lain.

Deretan konvoi APSH ke Jeram.

Apabila kami sampai ke Pantai Indah Seaview Resort di Jeram, Kuala Selangor lebih kurang jam 5.00 petang, aku terkejut juga tengok kawasan tempat kami bermalam nanti. Bukan apa, hanya ada satu sahaja bangunan tinggi sahaja di situ yang merupakan apartment yang organizer telah charted untuk tempat penginapan kami, Apartment ini betul² mengadap laut dan kawasannya adak tersorok dan terpencil dari jalan besar mahupun kawasan penduduk. Tapi... tak kisah lah, asalkan tempat yang akan kami duduki nanti best.

Apartment yang kelihatan dari jauh di Pantai Indah, Jeram.

Semakin mendekati...

Apabila sampai, semua peserta² hari keluarga mendaftar diri kepada urusetia. Kami mengambil kunci bilik masing² dan kemudian mendaftar nama untuk cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti. Bila semua dah settle, kami bergerak ke apartment masing². Aku telah ditentukan untuk tinggal bersama enam lagi perserta yang lain iaitu Azri, Zack, Firdaus, Nazrul, Najib dan juga Adlik. Akan tetapi, apartment yang aku duduki ni hanya akan didiami seramai 6 orang sahaja termasuk aku oleh kerana Azri akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur lewat malamnya kerana ada hal yang perlu dia uruskan.

Daftar dulu sebelum masuk apartment.

View laut dari beranda.

Snap sendiri sambil di interframe oleh Nazrul.

Nazrul bergaya di dalam apartment. Macam iklan susu...

Tiga jejaka pingitan... Di beranda apartment.

Setelah semuanya settle, kami diberi ruang untuk menjalankan aktiviti bebas. Aku mengambil waktu ini untuk berjalan² bersama Nazrul, Lisya dan juga kawan baru aku yang bernama Aida. Kami melalui kawasan laut untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Sempat juga kami berposing² untuk gambar kenangan. Walaupun pantai yang kami lawati itu tidak begitu bersih (hanya pantai lumpur), namun inilah tempatnya orang² di kawasan berhampiran mencari rezeki dengan mencari kerang dan lokan untuk dijual mahupun untuk kegunaan sendiri.

Aku, Nazrul, Lisya dan Aida. Sedang menuju ke pantai...

Papan tanda/iklan di Pantai Indah... Hurm...

Lisya dan Aida berposing...

Encik Isa sedang menemuramah brother pengutip kerang.

Lisya dan Aida yang melihat kerang secara dekat. Saja nak interframe je nih!

Kami berempat kemudiannya berjalan ke kawasan berplatform pula untuk melihat orang memancing ikan. Dua orang rakan sekerja aku; Azman dan Redha dah bersiap sedia dengan joran dan umpan untuk memancing. Ketika inilah Nazrul mengikuti jejak langkah mereka berdua untuk memancing setelah tidak tahan dengan godaan mata apabila melihat Azman dan Redha asyik memancing.

Aida dan Lisya kemudiannya meninggalkan kawasan memancing ini berdua kerana malan sudah pun berlabuh. Nazrul pula masih leka memancing bersama Azman dan Redha... Manakala aku pula tinggal sebentar untuk mengambil gambar pemandangan laut di kala senja.

Ada gaya tak aku memancing? Acting jer nih!

Azman dan Redha.

Lisya dan Aida bergerak pulang ke apartment. Aida kena pimpin sebab gayat kat platform tu. Hehehehe...

Asyik nyer si Azman ni memancing.

Ni pun buat² sibuk memancing. Hehehehe...


Antara gambar² sunset yang sempat aku snap:










Dalam perjalanan pulang sendirian ke apartment, aku dapat lihat urusetia² semuanya sedang sibuk melakukan kerja untuk program malam itu. Ada yang mengangkat barang dari van, ada yang mengemas barang... Ada yang set-up P.A. system... Aku rileks jer mengambil gambar sebab aku tak der kena mengena dengan itu gambar... Hehehehe...

Encik Fendi dan Zaki.

Interframe dulu baru buat kerja. Jaafar dan Azri.

Uik! Sempat balik tolong tu... Apa jadik kat pancing ko Redha?

Ni saja² je buat sibuk!

Pada malamnya, program yang telah dianjur oleh urusetia dan organizer hari keluarga mula dijalankan. Aku turun agak lewat sebab menunggu yang lain bersiap. Bila semuanya siap, kami pun turun ke kawasan berbumbung tidak jauh dari kawasan apatment yang kami duduki. Waktu pada ketika itu lebih kuran jam 8.00 malam. Sampai² je di sana, dah ada ramai yang menunggu. Manakala barbeque dan makanan pula sudah sedia terhidang.

Program dimulakan dengan acara makan terlebih dahulu. Waktu ni semua sedang berebut² mengambil makanan. Aku rileks je sambil mengambil gambar² mereka yang sibuk memilih makanan (takut habis). Dan kemudian acara diteruskan dengan permainan kanak² iaitu kerusi berirama. Sepuluh orang kanak² dikehendaki merebut untuk duduk di atas kerusi yang hanya ada lapan sahaja, yang kemudiannya kurang kepada enam, empat, dua dan seterusnya satu. Mereka yang tidak dapat duduk secara automatik terkeluar dari permainan.

Kak June, Aida dan Lisya yang dah sedia nak terima hadiah cabutan bertuah.

Uik! Macam seminggu tak makan... :p

Ayam dan ikan bakar. Sedap giler!

Time ramai berebut ambik makanan. Aku tak dapat pun... Huhuhuhu... Sedih!

Game kanak², kerusi berirama...

Acara kemudiannya diikuti pula dengan cabutan bertuah. Hadiah utama berupa tv 29 inci LG (pertama), basikal (kedua) dan pemain dvd (ketiga). Yang lainnya hanyalah hadiah sampingan (semua pekerja APSH dapat). Hadiah utama dimenangi oleh Firdaus yang sangat seronok sampai melompat²... Aku dapat set cookware jer. Jadi lah!

Pemenang cabutan bertuah utama, Firdaus yang dapat tv LG 29 inci. Jeles siot!

Aku menang cookware jer...

Kemudian acara permainan dewasa pulak. Dua permainan untuk orang dewasa iaitu permainan yang sama seperti kanak² tadi, dan yang kedua pulak permainan melepaskan diri dari ikatan; dua orang yang berpasangan diikat tangan masing² dan dikehendaki melepaskan diri. Masing² mencuba, dan macam² kaedah dilakukan, semuanya tak berjaya...

Game orang dewasa plak, pun kerusi berirama. Amboi Lisya!... Meminggul ek?!... Ekekekeke...

Ni plak game kedua...

Kemudian acara disusuli pula dengan pertandingan karaoke. Hanya empat peserta sahaja yang masuk dengan suara yang boleh lah... Cenggitu² je... Pemenang pulak ialah Encik Saiful dari depatment A&E. Kedua pulak Azri.

Peserta² karaoke...

Azri dapat bunga dari Kak Shima!

Habis je acara karaoke dan pemberian hadiah, maka tamatlah program hari tu. Waktu lebih kurang jam 11.00 malam. Semua orang bersurai dan pulang ke apartment masing². Aku dan Nazrul pulang dulu ke aparment sambil membuka hadiah cabutan bertuah masing². Bising jugalah waktu tu kerana masing² mentertawakan hadiah yang mereka dapati.

Acara paginya adalah sukaneka. Selepas sahaja sarapan (nasi lemak, sandwich dan mi goreng), semua orang berkumpul untuk memulakan acara sukaneka. Namun pada ketika ini, aku, Nazrul, Lisya dan Aida melarikan diri ke pantai sekali lagi untuk berjalan². Sekali lagi melawat kawasan memancing dan kemudiannya pulang semula ke tapak sukaneka...

Gossip pagi sebelum sarapan.

Snap gambar sendiri. Boring tunggu gossip blom abis. Hehehehe...

Jauh betul pandangan...

Lisya ngan Nazrul tengah berehat. Penat jalan jauh la katakan!...

Walaupun kami skip beberapa acara, namun masih banyak lagi acara yang masih belum dijalankan. Aku sempat jugalah masuk satu acara iaitu meniup tepung sambil mengambil gula² dari piring. Habis muka aku penuh dengan tepung. Nasib baik lah team aku memang dan dapat tuala sebagai hadiah. Sebelum selesai acara sukaneka, kami bergambar beramai² sebagai kenangan... Ketika ini, Cik Has memberikan ucapan penutup kepada Family Day Finance Services APSH 2008.

Sukaneka kanak². Imbang buku atas kepala...

Acara tiup belon. Besar lagi dik! Kecik jer tuh!...

Abis muka aku penuh tepung. Sib baik hadiah tuala, boleh lap...

Main pijak² belon.

Bergambar beramai². Aku jer yang tak der sebab aku photographer unofficial.

Selepas itu, tibalah masanya kami berenang di kolam renang di belakang apartment. Pada mulanya aku tidak la mahu ikut serta, tapi bila semua kawan² aku dah terjun masuk ke kolam, aku pun tak sabar nak ikut serta... Habis baju yang aku pakai basah sebab aku terjun dengan baju yang aku guna untuk sukaneka tadi. nasib baiklah bersih. Hehehehe... Yang seronok pada ketika ini adalah Kak Shima.

Berendam time!

Merah dah mata aku!

Seronoknyer Kak Shima ni...

Sewaktu di dalam kolam inilah kami menjalankan aktiviti panjat dan tolak serta bermain polo air. Ketika bermain polo air, aku dan lima orang lagi menentang team bos aku Encik Fendi, dan team aku menang... emmmm... Berapa ntah score, aku pun dah lupa sebab terrer sangat team aku. Hahahaha...

Main panjat dan tolak! Aku ngan Zack menang!

Ni plak, aku main polo air. Menang gak!

Habis sahaja bermain polo air, aku kemudiannya pulang ke apartment bersama Nazrul. Dah tiba masanya kami berkemas dan check-out pada jam 1.00 petang. Aku, Nazrul, Lisya dan Aida kemudiannya bertolak semula ke KL diikuti dengan Kak June dan Kak Shima di belakang. Tamatlah sudah hari keluarga yang kami tunggu²kan setelah sekian lama...

Sekian, Ijann melaporkan!

Family day

Esok hospital aku akan membuat hari keluarga di Jeram, Kuala Selangor. Seluruh seisi jabatan perakaunan (yang nak pergi la!) akan menjalani hari keluarga ini selama 2 hari 1 malam. Rasanya pelbagai acara telah dibuat untuk memeriahkan acara hari keluarga ni, aku sendiri pun belum baca tentatif program lagi... So, aku akan bertolak ke sana selepas jam 12.30 tengahari selepas habis kerja!

Selama 2 hari 1 malam ni, sekali lagi aku akan menjadi reporter tak rasmi yang akan melaporkan hari keluarga jabatan akaun mengikut perspektif aku. So, tunggukan laporan daripada aku nanti ek...

p/s: Tak se"excited" nak gi Cameron!

Folding@Home


Aku baru join projek Folding@Home melalui team Folding@Malaysia dibawah subteam PSPFans.Net. Menda ni adalah satu kerja² murni yang dapat menolong humanity in general dengan "meminjamkan" pc yang boleh online kepada University Stanford untuk kajian protein folding agar mereka dapat memahami bagaimana protein berfungsi dan kemudiannya mencari cure untuk pelbagai penyakit.

Ni adalah serba ringkas apa yang boleh pc aku lakukan untuk projek Folding@Home ni. Quote di bawah, aku ambil daripada penerangan kawan aku dari Bincang.net:

Secara ringkasnya, protein dalam badan kita perlu melakukan proses folding apabila menjalankan sesuatu fungsi dalam badan (contohnya, antibodi dan lain-lain lagi).

Tapi, sekiranya proses folding berlaku secara tidak betul, protein yang misfold tu tadik, akan berkumpul, dan akan menyebabkan penyakit seperti Mad Cow ataupun Alzheimer.

Proses folding ni berlaku dalam masa millionth of a second. So, untuk saintis memahami proses folding dalam masa itu, mmg impossible'lah melainkan guna CPU komputer untuk buat simulation.

So, tu sebab lahirkan idea untuk guna distributed computing macam sekarang nie. Menggunakan keupayaan komputer di seluruh dunia untuk buat pengiraan data. Data untuk simulation ni akan diupload ke PC/PS3 kita dari Stanford University, so, selepas habis pengiraan/simulation, data akan dihantar semula ke Stanford. So, proses ini akan berulang-ulang, sebab protein kat badan kita bukan ada satu-dua jer.




Apa itu Protein Folding

What is protein folding and how is folding linked to disease? Proteins are biology's workhorses -- its "nanomachines." Before proteins can carry out these important functions, they assemble themselves, or "fold." The process of protein folding, while critical and fundamental to virtually all of biology, in many ways remains a mystery.

Moreover, when proteins do not fold correctly (i.e. "misfold"), there can be serious consequences, including many well known diseases, such as Alzheimer's, Mad Cow (BSE), CJD, ALS, Huntington's, Parkinson's disease, and many Cancers and cancer-related syndromes.

You can help by simply running a piece of software. Folding@Home is a distributed computing project -- people from through out the world download and run software to band together to make one of the largest supercomputers in the world. Every computer makes the project closer to our goals.

Folding@Home uses novel computational methods coupled to distributed computing, to simulate problems thousands to millions of times more challenging than previously achieved.


So, di kala aku tidak menggunakan pc sewaktu tidur, tak salah rasanya kalau aku meminjamkan pc aku untuk menjalankan pengiraan rumit tu. Mungkin apa yang aku tolong sekarang, dapat menyenangkan untuk kemudian. Jadi, apa kata sesiapa yang ada pc yang boleh diinternetkan, join skali projek murni ni untuk kepentingan sejagat!

- Memula, download software ni: http://folding.stanford.edu. Kecik je fail dia!
- Lepas tu, boh la username apa korang nak boh, atau boh nama yang dah sedia ada (macam aku username adalah: PSPFans.Net)
- Kendian, bila dah download, boh nombor 2999 kat team no. 2999 ni team untuk Malaysia.
- Biarkan dia run sendiri secara background. Dia tak kacau pun apa yang kita buat kat pc tu. Dia just pinjam processing power je!

Untuk maklumat lanjut, boleh gi sini: bincang.net

Slamat beramal! Hehehehe...

p/s: Leh aku ajukan menda ni kat hospital aku! Ekekeke... Macam la derang nak!


Bizi moment, bizi bizi bizi...

Minggu ni sehinggalah minggu depan aku akan bizi kot. Tapi tak tau la... Ikut mood. Kalo aku rasa aku perlu membizikan diri kat rumah, aku akan bizi²kan, kalo tak, mungkin aku akan mengupdate blog aku macam biasa...

Hehehehe... pis (^_^)v

Menunggu itu satu penyeksaan!!!

Huhuhuhu... Menunggu itu memang satu penyeksaan batin buat aku. Tak tahulah pada yang lain, tetapi bagi aku, menunggu sesuatu yang memang dah pasti dan hanya menunggu saat ia sampai ke tangan adalah suatu penyeksaan. Perit dan melemaskan...

Huhuhuhu... Aku terseksa!!! :p

Harry Potter


Aku memang minat dengan cerita Harry Potter. Pada mulanya, aku tengok dulu filemnya yang pertama iaitu "Harry Potter and the Sorceror/Philosopher's Stone, dan kemudian minat aku beralih kepada buku apabila aku sendiri tidak tahan untuk menunggu cerita seterusnya untuk ditayang di panggung wayang...

Sehingga sekarang, 7 buah bukunya telah aku baca. Dan aku memang berpuas hati dengan pengakhirannya yang boleh dikatakan fair and square untuk good and bad side. Tidak lebih untuk pihak Harry dan tidak lebih juga untuk Voldermort.

So, untuk installment keenam filem Harry Potter yang dinamakan "Harry Potter and the Half Blood Prince" akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 November 2008 dan aku tidak sabar untuk menunggu tayangannya. Walaupun aku tahu bagaimana ceritanya, namun aku pun nak tahu jugak cemana buku keenam ini digarap menjadi filem. Adakah sebagus bukunya...

Dan apa yang menarik, installment terakhir dari tujuh siri buku Harry Potter ini akan dibuat dalam 2 buah filem dengan tajuk "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1" dan "Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2" (both are working title). Kedua² filem terakhir ini akan ditayangkan pada November 2010 dan May 2011. Bagi aku, baguslah kalau Warner Brothers nak buat cam tu sebab installment terakhir ini memang yang paling crucial sebab ianya akan menerangkan segala² tentang universe Harry Potter bermula dari buku yang pertama sekali. Kalau nak diterangkan segala² hanya pada satu filem sahaja sudah tentu tidak cukup (dan dah pasti elemen penting akan dipotong dari dicerita). Dan dua filem pasti akan menamatkan cerita Harry Potter dengan penuh stail.

Memang aku tak sabar nak menunggu filem terakhir Harry Potter...

Wow...

Here are 2 of the new print ads for Playstation 3 which are awesome! Gosh! It looked so fantastic and beatutifully made. Unlike the old one, this one look epic and mysterious... Much more better than the white room ads... Click on the pictures to enjoy at a larger scale.

p/s: Try to look what are the things related to Playstation. Good luck!


The story goes on!...

I googled on Harry Potter and stumbled accross these information about the aftermath of the 7th book. It was good to read... Here goes:

Rowling's commentary and supplement

In an interview, online chat, the Wizard of the Month section of her website, and during her 2007 U.S. Open Book Tour, Rowling revealed additional character information that she chose not to include in the book. She stated that:

Harry becomes an Auror for the Ministry of Magic, and is later appointed head of the department. He keeps Sirius's motorcycle, which Arthur Weasley repaired for him, but he can no longer speak Parseltongue after the destruction of Voldemort's soul fragment within him.

Ginny Weasley plays for the Holyhead Harpies Quidditch team for a time, leaves to establish a family with Harry and later becomes the lead Quidditch correspondent for the Daily Prophet.

Ron Weasley works at George's store for a time, Weasleys' Wizard Wheezes, then joins Harry as an Auror.

Hermione finds her parents in Australia and removes the memory modification charm she had put on them for safety. She initially works for the Ministry of Magic in the Department for the Regulation and Control of Magical Creatures, greatly improving life for house elves and their ilk. She later moves to the Department of Magical Law Enforcement and assists in eradicating oppressive, pro-pureblood laws. She was also the only member of the trio to go back and complete her seventh year at Hogwarts.

Dumbledore's relationship with Gellert Grindelwald extended beyond mere friendship; indeed, Rowling has revealed that "Dumbledore is gay, actually", and harboured romantic feelings for Grindelwald.

After his death, Voldemort is forced to exist in the stunted form Harry witnessed in the King's Cross limbo; his crimes were too severe for him to become a ghost.

Rowling also explained the fates of several secondary characters:
George Weasley continues his successful joke shop. George married Angelina Johnson and has two children: a son named Fred, in memory of his late twin brother, and a daughter, Roxanne.

Luna Lovegood searches the world for odd and unique creatures. She eventually marries Rolf, a grandson of the famed naturalist Newt Scamander. They have twins called Lorcan and Lysander. Her father's publication, The Quibbler, has returned to its usual condition of "advanced lunacy" and is appreciated for its unintentional humour.

Percy Weasley married a woman named Audrey and had two daughters, named Molly and Lucy.

Firenze is welcomed back into his herd, who finally acknowledge the virtue of his pro-human leanings.

Dolores Umbridge is arrested, interrogated, and imprisoned for crimes against Muggle-borns.

Cho Chang went on to marry a Muggle.

Neville Longbottom becomes professor of Herbology at Hogwarts, marries Hannah Abbott and lives in a flat above the Leaky Cauldron, where she is the new landlady.

Besides Victoire Weasley, Bill and Fleur Weasley have a younger son and a younger daughter, named Dominique and Louis.

On her website, Rowling posted a Weasley family tree, showing that Harry's children's full names are James Sirius Potter, Albus Severus Potter, and Lily Luna Potter.

There have been transformations in the wider wizarding world:

Kingsley Shacklebolt is the permanent Minister for Magic, with Percy Weasley working under him as a high official. Among the reforms introduced by Shacklebolt, Azkaban no longer uses Dementors. Consequently, the world is now a "much sunnier place". Harry, Ron, and Hermione have also been instrumental in reforming the Ministry.

At Hogwarts, Slytherin House has become more diluted and is no longer the pure-blood bastion it once was, although its dark reputation lingers.

Voldemort's jinx on the Defence Against the Dark Arts position is broken with his death. There is now a permanent Defence Against the Dark Arts teacher. Harry comes to the Defence Against the Dark Arts class to lecture several times a year.

A portrait of Snape, who briefly served as Hogwarts Headmaster, does not appear in the headmaster's office as he abandoned his post. Harry ensures the addition of Snape's portrait, and publicly reveals Snape's steadfastness.


Now I can't wait the 6th series of the film to come out!

Zack story...


Akhirnya, berakhirlah teka-teki yang selama ini selalu bermain di fikiran tentang apa yang berlaku kepada Zack dan sejarahnya di universe ke tujuh Final Fantasy. Tentang siapa Zack pada Aerith dan juga Cloud. Dan cerita di sebalik pedang Buster yang menjadi trademark kepada Cloud di dalam Final Fantasy VII. Di dalam Crisis Core: Final Fantasy VII inilah semuanya terungkai secara detail tentang apa yang telah berlaku kepada Zack.

Walaupun aku tahu Zack mati (semasa penceritaan dan cut scene ketika bermain Final Fantasy VII), tapi aku tak la menyangka kematiannya di dalam Crisis Core (secara detail) begitu menyayat hati...

So, enjoy the movie dan lihatlah kematian Zack yang pada aku amat memilukan; mati kerana mempertahankan maruah, kerana sahabat dan kerana cinta...

"Cloud! Now, you become my living legacy..."

Hujan...

MasyaAllah!!! Lebat betul hujan ari nih. Aku balik ke rumah dari kerja lebih kurang 6.23 petang. Lebih kurang sejam setengah jugak la aku menunggu bas di bawah hujan yang lebat nak mampos! Bas pun satu lahabau! Punya la lama aku tunggu, tak jugak timbul². Last² aku ambik keputusan untuk balik berjalan kaki saja. Nasib baik aku bawak payung ceti aku nih! Kalau tak...

Walaupun bukan jauh sangat Tawakal dengan Menara Orkid, tapi terpaksa jugak la aku nak naik bas sebab guruh dan kilat sabung menyabung. Takut jugak la nak berjalan... Lagi pun aku bawak borang² claim dan segala macam dokumen dalam beg. Kalau dibuatnya basah, mampos la aku! Hai la bas. Apsal la servis ko macam celanat!

Sampai² je kat rumah, aku dah lencun abis. Nasib baik la dokumen semua tak basah. Okay jer semua. Cuma kaki aku jer la kembang sebab terpaksa pakai kasut dan stokin basah. Terpaksa la aku membasuh baju aku malam nih... Huh! Penangan berteduh di bawah payung dalam hujan yang teramat lebatnya...

Sakit hati, sakit hati!!!