Blog aku dah berpindah!

Hehehehe... Aku dah berpindah. Aku dah buat blog baru bagi menggantikan blog yang nih. Bukan apa, aku dah buhsan dengan blog yang nih. Aku nak buang sayang, nak delete pon sayang. Jadik aku kekalkan la. Jadikkan blog ni version 1. Blog baru tu version 2 la. Nyetat aku menulis balik dari mula! Hehehe... Tak per...

Korang leh gi blog baru kat alamat nih:
Ijann's Life

See you there!

Berehat sebentar...

Hmmm... Sorry guys! I think I'm gonna be absent from posting new entry... till next month. Gonna take sometimes adjusting something that went not so well... But not to worry, I'll be back in no time!...

Sumimasen deshita! m(_ _)m

New tune...

This is the new tune I added just now. Kinda like the official song for me for the moment. Hahahaha!!! How should I describe it? Well! Probably if you hear the song you know what kind of mood I'm having right now!!!

Just klik on the player beside this post and enjoy the song. I won't be posting a lyrics because they are currently too much lyrics I posted here. So, enjoy!...

Pieces Don't Fit Anymore


I've been twisting and turning,
In a space that's too small.
I've been drawing the line and watching it fall,
You've been closing me in, closing the space in my heart.
Watching us fading and watching it all fall apart.

Well I can't explain why it's not enough, Cause I gave it all to you.
And if you leave me now, oh just leave me now.
It's the better thing to do,
It's time to surrender,
It's been to long pretending.
Theres no use in trying,
When the pieces don't fit anymore, Pieces don't fit here anymore.


You pulled me under,
If I had to give in.
Such a beautiful myth,
That's breaking my skin.
Well I'll hide all the bruises,
I'll hide all the damage that's done.
But I show how I'm feeling until all the feeling has gone.

Ooh don't missunderstand,
How I feel.
Cause I've tried, yes I've tried.
But still I don't know why, no I don't know why.
III dont know why...... whyyyyyyyy!


I've been liking this song eversince my ears had been fed continuously by someone... And still, it still eachoing in my head! Enjoy!

Hmmm... Sejak kebelakangan ni, banyak benda yang aku fikir. Banyak benda yang selalu mencabar minda aku dengan pelbagai soalan yang kadang-kala tak mampu dijawab. Semuanya angkara satu perasaan yang kadang-kala menyusahkan. Dan kadang-kala membuatkan aku terasa dunia ni seolah tidak menyebelahi kedudukan aku...

Sejak kebelakangan ni, fikiran aku ditusuk dengan perasaan cemburu. Pantang sedikit perkara yang terjadi, pantang satu adengan yang berlaku, pantang satu ayat yang aku dengar... Semuanya menghembuskan angin cemburu yang kadang-kala bertiup sekuat taufan, yang kadang-kala pula bertiup umpama angin petang yang bertiup lembut. Entahlah!... Mungkin mempunyai perasaan cemburu sebegini lumrah buat setiap manusia yang pernah hidup, dan tidak mungkin bagi mereka yang telah puas melalui pengalaman itu. Kadang-kala merasainya begitu menyesakkan, dan kadang-kala pula terasa seolah-olah kulit dicucuk dengan seribu jejarum halimunan pada setiap roma yang ada. Sakitnya cemburu menunjukkan belang. Walaupun kadang-kala tidak mahu perasaan itu menjengah, ia tetap datang walaupun tidak berjemput...

Cemburu itu bermaksud membenci diri sendiri disebabkan tidak mempunyai apa yang orang lain ada... Mungkin itu sedikit sebanyak definasi cemburu bagi aku. Tetapi ada juga yang memaksudkannya sebagai tanda perasaan yang kadang-kala tidak perlu disebut dengan bait perkataan. Apa jua yang termaktub samada yang tersurat ataupun yang tersirat, hanya satu sahaja yang jelas dapat dipelajari daripadanya. Sakit di hati yang amat sangat. Kadang-kala tidak dapat diluah mahupun diungkap dengan apa jua perkataan. Sakit dihati yang dipenuhi dengan gumpalan marah, sedih dan mungkin "sedikit" kecewa... (Sedikit? Sedikit bukanlah perkataan yang betul untuk menerangkannya. Kadang-kala sedikit kecewa itulah sebagai punca yang menjadi penyebab mood menjadi begitu suram!)

Cemburu dengan apa yang orang lain ada? Emas? Duit berkoyan? Kereta menjalar? Rumah banglo di tepi laut?... Cemburu dengan kejayaan orang lain? Cemburu dengan kebahagiaan yang orang lain? Cemburu dengan cinta orang lain yang berbalas sedangkan cinta yang aku ada tidak terusik masakan diintai?... Cemburu melihat pasangan saling bertukar perasaan sayang sedangkan perasaan sendiri tidak pernah merasakannya?... Cemburu itu dan cemburu ini?... Semuanya sudah aku rasakan. Semuanya pernah aku hadapai, semuanya sedang aku rasai!

Tapi itulah lumrah bagi insan kecil di muka bumi ini. Dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Tak dapat aku nak tolak, tak dapat aku nak tahan, tak perlu aku hindar kerana perasaan itulah yang menjadikan aku manusia. Manusia pada norma masyarakat yang menganggapnya satu kebiasaan. Kebiasaan yang lambat-laun disebut sebagai keterlaluan jika tidak dibataskan. Tetapi akhirnya, cemburu itu tetap menyakitkan!

Sedang aku cuba untuk mula berfikir, masa mula mencemburi aku!

(x_x)

Selamat Harijadi Alang...


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan "Selamat Harijadi" kepada Alang atau nama penuhnya Mazlinizam Marzuki yang jatuhnya pada hari ini; 5hb Februari, 2009.

Angah berharap alang akan sentiasa sihat bersama orang² dan keluarga tersayang, dimurahkan rezeki, dipercepatkan jodoh dengan Siti dan semoga hidup alang sentiasa diberkati Allah s.w.t.

p/s: Slamat menjalani proses penuaan... Har har har har!!!

Pandangan biasa...



Daripada pandangan yang dahulunya agak menyesakkan aku, makin hari terasa pandangan ini menjadi pandangan biasa buat aku. Tak ada lagi perasaan keterujaan setiap kali tiba waktu untuk pulang sehabis sessi kerja. Hanya yang tinggal adalah persoalan samada tugas yang aku tinggalkan akan selesai atau tidak esok hari...

1hb Februari, 2009

Aku tak sedarkan diri sepanjang hari!