Barang baru...

Webcam yang dah dimount kat atas monitor.

Testing berjaya. Aku dah broadcast muka aku kat internet!

Tadik lepas habis keje, terus aku bergegas gi Low Yatt. Nak beli web camera jap. Lagi pun, aku bergegas sebab nak cepat. Takut hujan turun sekali lagik!...

Pusing punya pusing, akhirnya aku tersangkut kat pasaraya Thunder Match Technology Sdn. Bhd. kat tingkat 4. Dan aku browse barang² kat situ. Tersangkut pulak dengan webcam yang satu ni. Terus aku beli dan kemudiannya terus pulang ke rumah.

Hehehehe... Pas nih bley la menunjukkan muka aku kat YM. :p

Take turn!

2 bijik laptop untuk dibereskan!

2 bijik laptop yang dalam proses take turn untuk dibaik pulih. Sebenarnya dah siap pun dua² tu. Tinggal nak hantar jer. Tapi yang masih di dalam list masih 2 lagi yang sedang menunggu.

Hehehehe... Ada sapa lagi nak antar untuk dibaik pulih?

Khas untuk adik!

Inconjungtion with my brother upcoming birthday, Alang has made a very beautiful custome made gif graphic as a reminder to our beloved Adik's birthday... We siblings have already embedded the graphic to our website to remind us about the birthday. Thanks to Alang for making such a beautiful gif graphic. Arigatou-sai!!!

p/s: Ada sebulan lagik!

Online!~


Buat julung kalinya. Adik beradik aku semua tahap mengonlinekan diri. Alang dok umah aku bertenet menggunakan laptop. Memasing bukak webcam. Nak tengok lubang idong memasing. Hehehe... Klik pada gambar kalau nak tengok versi bersar nyer!

Dah naik balik! Hehe!!!

Rak aku yang dah dinaikkan balik kejap tadik! Hehehehe...

Pagi yang gelap...




Keadaan pagi tadi ketika aku nak gi kerja! Hehu! Mendung dan mendung dan mendung lagik! Tapi sebenarnya aku sukakan pemandangan diwaktu mendung!

Hehu!

Huhuhuhu... Lamanya rasa tak bley online. Bilik aku ketiadaan elektrik disebabkan power point dah terbakar. Nasib baik la aku nyer lampu dengan kipas masih lagi boleh berfungsi.

Hari ni aku telah mengajak kawan aku Syam untuk memperbaiki power point dalam bilik aku. Selepas aku membeli semua barang² keperluan untuk membaiki power point tu, termasuklah power point dah wayar sepanjang 5 meter, maka bermulalah pembaikan power point dibilik aku...

Syam tengah menggodek power point yang baru!

Abis jer si Syam membaiki power point tu, ntah cemana dia terlanggar rak buku aku yang tergantung kat dinding tu. Hehehe... Tak pasal² benjol kepala Syam. Hehehehe... Sorry la Syam! Biasala bilik gelap. Tak der letrik...

Hahahaha... Pembenjolan kepala oleh rak!

Gini ler rupanya rak yang dah jatuh tu... Hehehehe... Nanti aku masukkan gambo pas aku betulkan balik rak tuh! Hehu!

Peluang?

Antara items yang perlu aku return termasuklah kunci palsu tu!

Tadik, pas aku balik kerja, aku dapat surat daripada Reader's Digest. Ini adalah kali yang ntah keberapa ntah aku dapat surat daripada Reader's Digest nih. Memula dapat pamplet yang mengatakan aku telah shortlisted untuk memenangi RM250,000.00. Hmmmm... Sound too good to be true! But aku tak berapa convinced untuk mempercayainya. Dan aku ignore je benda tu.

Kemudian, aku mendapat 2 surat berbentuk memo yang mengatakan satu lagi surat berbentuk yang sama akan dihantar kepada aku. Memula tu memang la aku tak begitu percaya, tapi bila kali kedua dia hantar memo tu kepada aku, ini tentu benda penting. Dan hari ni aku dapat pamplet yang kedua pulak.

Masa aku dapat memo yang kedua tu, aku ada gak buat research sket. Aku ada tanya beberapa orang tentang kesahihan benda tu. Benda pertama yang aku cari adalah dimana derang ni dapat nama dan alamat aku. Rupa²nya, Real Rewards yang menyenaraikan nama aku kepada Reader's Digest. Kali pertama Reader's Digest menghantar pamplet tu (yang aku ignore), itu adalah tapisan pertama untuk memenangi hadiah. Dan pamplet yang baru aku dapat ni adalah tapisan kali kedua.

Ada kawan² aku yang cakap benda tu betul sebab kengkawan derang pernah menang (kamera video dsb.), dan ada jugak yang suruh aku buat tak tau jer... Tapi sebab ramai yang cakap benda tu betul, aku mula take note!

Apa yang perlu aku lakukan adalah dengan menghantar balik benda² yang perlu aku verify (termasuklah kunci palsu kepada kunci kereta yang berupakan hadiah utama) termasuklah duit langganan selama setahun (itu yang dia nak sebenarnya!) sebanyak RM145.00 setelah diberi diskaun RM35. Dan nama aku akan terus disenaraikan untuk memenangi sesuatu.

Well! Sebenarnya aku amat tertarik! Dan aku bercadang untuk melanggan Reader's Digest tu. Well! What I'm about to loose? Nothing! Aku memang suka membaca Reader's Digest. Sekurang²nya, kalau aku tak menang pun, aku dapat langganan selama setahun majalah tu. Dan sekiranya aku menang pun, kira bonus la. Hehehehe...

So, aku akan hantar balik benda² yang Reader's Digest tu suruh aku hantar balik. Mungkin 2-3 hari lagi kot. Well! Bottoms up! Hehehehe!

p/s: Kalau korang dapat benda yang sama, apa pendapat korang?

Hehehehe... Let it out!

Akhirnya, selepas beberapa lama, barulah aku dapat video yang derang shoot kat bilik aku ari tuh. Sungguh gembira aku! Terima kasih la kepada "scamboy2003" yang menghapload video tu kat Youtube... Who ever you are! Dan terima kasih jugak kat Shahrul yang memberitahu aku menda ni dah ada kat Youtube!

So, enjoy the video!


p/s: Video di atas adalah hak milik Packet One Sdn. Bhd.

P1 W1MAX Grand Launch...

Setelah 19 hari selepas press conference mengenai P1 W1MAX tempohari, maka hari ni akan rasmilah sudah P1 W1MAX sebagai operator pertama yang menyediakan perkhidmatan wimax untuk digunakan oleh orang ramai. Akses wimax ini adalah yang pertama di Malaysia dan di Asia secara amnya. Mungkin juga yang pertama di dunia yang offer penggunaan wimax secara mass market. Aku tak ketinggalan untuk mengikuti acara pelancaran P1 W1MAX ni di Hotel Mandarin Oriental pada jam 2.30 petang tadi.

Aku mula bertolak dari rumah pada jam 12.30 tengahari dengan menaiki LRT ke KLCC. Apabila sampai di KLCC, aku hanya berjalan sahaja ke Hotel Mandarin Oriental yang tidak berapa jauh dari situ. Tepat jam 1.30 petang, aku berjumpa dengan Along di hadapan Hotel Mandarin Oriental dan kami berdua bergerak masuk ke dalam.

Acara pelancaran P1 W1MAX ni diadakan di Grand Ballroom di tingkat satu. Sampai sahaja kami ke sana, sudah ramai media dan tetamu jemputan yang sampai. Kami berlegar² dahulu di hadapan dewan. Masih terlalu awal. Kami mendaftar dahulu di meja pendaftaran untuk mendapatkan tempat. Pada mulanya, pendaftar tak berjumpa nama kami berdua, tapi lepas kami memberitahu bahawa kami adalah subscriber yang pertama dan kedua, barulah pendaftar berjumpa nama kami dan membari ucapan tahniah kerana berjaya menjadi pelanggan yang pertama dan kedua. Kemudian, pendaftar itu mengecop tangan kiri kami sebagai tiket untuk masuk ke acara pelancaran ini.

Sebelum masuk ke dewan, aku dengan Along berjumpa sekejap dengan Simon dan kemudian kami mengambil gambar bersama di tempat yang dikhaskan. Macam Academy Award pulak rasanya. Hehehehe... Dan gambar yang kami ambil dicetak serta merta. Simon sempat ambil autograph aku ngan Along. Chet! Hehehehe...


Semua tetamu yang sedang menunggu untuk masuk ke Grand Ballroom...

Sebelum masuk, kena la daftar dulu... Hehu!

Grand Ballroom yang sedia menunggu ketibaan semua untuk majlis pelancaran P1 W1MAX...

Sebelum acara bermula, semua yang hadir boleh mengambil gambar di hadapan dewan. Dicuci ketika itu jugak!

Along depan dewan! Suka la tuuuu...

Aku pun suka jugak!!!... Hehu!!!!

Ni adalah cop yang diberi ketika mendaftar awal tadi. Dapat cop, dapatlah masuk!!!

2 booth babe yang berlegar di kawasan pameran P1 W1MAX. Sempat tangkap.

Sempat bergambar skali ngan booth babe!

Dia pun nak jugak!!! Hehehe!!!

Kemudian kami pun masuk ke dalam dewan. Kami telah ditempatkan di meja "Wangsa Melawati" di mana semua pelanggan 1st 10 diletakkan (semua meja di dalam dewan ini diletakkan dengan nama tempat macam Titiwangsa, Damansara dsb. Unik gak!) Dan apabila YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sampai, acara pun bermula.

Dimulakan dengan ucapan daripada Micheal Lai, CEO Packet One Sdn. Bhd., ianya diikuti pula dengan ucapan daripada YB Dato’ Shaziman Abu Mansor. Acara kemudian diikuti pula dengan persembahan pendek daripada "Lady Lazer" yang didatangkan khas daripada Australia. Habis sahaja persembahan tersebut, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor pun merasmikan P1 W1MAX. Meletup kejap bunga api kat screen utama yang menandakan bahawa P1 W1MAX sudah boleh didapati oleh orang ramai! Hehu!!!


Screen utama di dalam dewan. Sungguh besar!!!

Wartawan yang sedang mengambil tempat. Keadaan waktu ni, masih lagi gelap. Tapi cantik!!!

Interframe lagik!

Aku pun sama!

Antara pinggan mangkuk dan cawan gelas atas meja. Saja je ambik!

Ketibaan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor.

MC memulakan acara...

CEO Packet One Sdn. Bhd. Micheal Lai memberi ucapan!

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, memberikan ucapan pulak!

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor di screen utama...

Persembahan pendek sebelum acara pelancaran P1 W1MAX.

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor dan Micheal Lai melancarkan P1 W1MAX. Hehu! Adik kiyut tu, ntah sapa nama dia...

Bunga api sewaktu pelancaran...

Selepas sahaja acara pelancaran oleh YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, satu live telecast dari JB dan Subang Heitech telah diadakan di mana di JB, seorang petugas bersama² dengan kanak² memberikan laporan dari sana. Manakala di Subang Heitech pulak, DJ² Hitz dan seorang pelakon terkenal Harith Iskandar pula memberikan laporan daripada Subang Heitech. Harith siap congratulate kitaorang sebab jadi pelanggan pertama lagik! Hehu!

Habis sahaja live telecast dari JB dan Subang Heitech, acara diteruskan dengan rolling VT mengenai testimoni pengguna² pertama P1 W1MAX di screen. Hehehehe... Gambar aku yang derang shoot waktu di bilik aku tempohari ditayangkan di sini sekali lagi. Sama jugak dengan Along. Kui kui kui kui... Glamer sekejap aku rasa.

Seterusnya adalah acara pemberian award dan plak kepada 10 pelanggan pertama P1 W1MAX. Yang specialnya tentang award ni adalah, aku, Along dan 8 lagi pengguna pertama tersenarai di dalam "Malaysia Guinness Book of Record" sebagai pengguna pertama yang menggunakan wimax di Malaysia (dan Asia amnya). Secara tak langsung, aku dan Along melakar sejarah kami sendiri. Bukan senang nak tersenarai dalam Malaysia Guinness Book of Records. Dan P1 jugak melakar sejarah di dalam Malaysia Guinness Book of Records sebagai operator wimax pertama di Malaysia (dan Asia). Bangga sungguh!


Lintas langsung dari JB dengan Subang Heitech...

Demo video tentang testimoni pengguna. Kat screen tu, aku la! Hehe...

Along naik pentas, cis cis dan cis... Hehu!!!

Inilah award yang aku dapat waktu naik pentas... Lawo tak?

Tamat sahaja pemberian award ni, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor pun mula meninggalkan dewan dan dewan gelap seketika untuk acara seterusnya. 3 buah persembahan diadakan iaitu "Quick Change" dari Spain, "Tarian dan peragaan baju P1 W1MAX" dan akhir sekali persembahan "Lady Lazer" dari Australia.

Sambil menikmati persembahan, kami juga dihidangkan dengan hi-tea. Dapat la melapik perut yang lapo nih! Hehehehe... Maklum la, tak makan tengahari tadik! So, bila habis semua persembahan, MC pun mengumunkan bahawa acara pun melabuhkan tirainya. Dan semua tetamu yang datang mula bersurai.


Persembahan "Quick Change" special dari Spain.

Persembahan tarian dan peragaan baju P1 W1MAX...

Ni pulak, persembahan Lady Lazer" special dari Australia...

Semua tetamu mula bersurai!

Sekali lagi gambar award yang aku dapat!

Beg yang diberi kepada tetamu yang datang. Besh!!!

Gambar yang aku dan Along ambil pada awal tadi.

Aku dengan Along di pelancaran rasmi P1 W1MAX.

p/s: Melakar sejarah peribadi!

Iklan Louis Vuitton.


Aku baru surf Youtube dan aku terjumpa video ni. Sungguh besh lagi mengebeshkan. Walaupun iklan tu mengambil masa lebih kurang 5 minit 10 saat, tapi ianya begitu mengasyikkan!

Iklan ni berkisar mengenai Aya yang handphonenya ditelan oleh oleh Panda LV, yang kemudiannya menelah Aya sewaktu dia cuba untuk mengambil telefonnya kembali. Dan di dalam perut Panda LV tu, dia dibawa ke dunia khayalan. Based on characters created by famed superflat artist Takashi Murakami.

Enjoy!

Speed for today!


Speed yang aku test menggunakan website Speedtest.NET. Hmmmm... Boleh tahan gak laju nyer. Tengah hujan pulak tu waktu ni... Sangat² perfect untuk stream internet tv kat PS3 aku! Hahahaha... Apa lagik! Discover Channel la!!!

Muka aku kat website P1.


Hehehehe... Sebelum website P1 ditukar lagi, lebih baik aku mengabadikan kenangan muka aku di tempel kat website tu di sini! Heh heh heh heh! Walaupun kecik ajer gambo aku kat situ, tapi sesiapa yang masuk kat website tu, sure la akan nampak! Kui kui kui kui!!!

Apa pun, apportunity cenggini bukan slalu dapat pon. Mungkin ini adalah yang pertama dan terakhir. Jadik, sebelum aku lupa pasal menda ni, lebih baik aku abadikan! (^_-)v Peace!

Harian Ijann

Hmmmm... Kalo korang rajin, datang la ke sister site blog nih. Aku namakan "Harian Ijann". Hahahaha! Aku buat log harian aku kat sana. Mungkin bagi korang yang tak suka membaca dan menengok text sahaja tak akan pergi ke sana. Membosankan (So, stick sini ajer la!). But kalo korang yang rajin membaca tu, hehehehe... Baca ajer la!

So, korang boleh pergi ke link ni: Harian Ijann

Setakat ni, baru ada 2 post. But will be added more, kalo aku rajin! Ja'

Discovery Channel


Akhirnya, setelah lama aku menggodek² Orb kat PC aku nih, dapat jugak aku stream Discovery Channel kat PS3 aku tu. Seronok giler. Tapi malangnya, channel ni tak berapa stable. Katanya ada network problem. Tapi tak kisah la, aku berjaya jugak stream Discovery tu kat PS3. Bangga sungguh rasanya.

Lepas ni aku nak try pulak stream beberapa lagi channel kegemaran aku kat PS3 nih. Next stop G4TV! Hehehehe...

Test je ni!


Aku saja ngetest anta gambar kat blog.

Update: Aku saja je ngetest menghantar gambar ni kat blog aku menggunakan handphone. Ternyata ianya berjaya! Heh heh heh heh! Untuk info, tu gambar yang diambil semasa press conference P1 W1MAX tempohari.

Adehhhh...


Hundreds of statements to be turned into reminders! Sorted by months and amounts and classes, then proceed with reminder issuance! Equipped with a regular calculator, it will ease the agony! After that, the reminders that already being processed are to be compiled together with the original statements before it can be sent out!

Only 60% done! Ouch!!!!