Pertandingan Dekorasi Hari Raya...

Hari ni, aku dengan semua bebudak pejabat sibuk mendekorasi halaman depan pejabat kami untuk Pertandingan Dekorasi Hari Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekriasi Hospital Pakar Ampang Puteri. Kesibukan semua bermula pada awal jam 8.30 pagi sehinggalah 12.30 tengahari tadi...

Mesyuarat awal untuk menghias unit kami ini telah dijalankan awal minggu lepas dengan briefing pagi dan kemudiannya mengatur kerja² sesama kami. Aku telah ditugaskan untuk melakarkan hiasan awal di atas kertas dan diajukan kepada semua ahli di dalam unit untuk persetujuan. (Huhuhu... Aku lupa nak ambik gambar lakaran aku tuh. Nanti aku hapdetkan gambar tu kat sini.)

Dan setelah dipersetujui ramai, kami memulakan mendekorate bahagian depan pejabat kami tadi. Dengan bertemakan "Hari Raya di Perkampungan Moden", dan dengan menggunakan bahan² terpakai dan recycle, tiada masalah untuk kami mendapatkan bahan untuk dijadikan asas utama dekorasi.

Antara bahan² terpakai yang digunakan adalah seperti kadbod, kertas surat khabar, daun kering, daun kelapa, ranting kayu, polisterin terpakai, kayu dan sebagainya... Namun, selepas jam 12.30 tengahari, kami terpaksa menangguhkan kerja² mendekorate kerana ada di antara kami (termasuk aku) yang terpaksa menghadiri sessi stock take. Kerja² akan bersambung esok...

Sedang melekatkan daun kelapa pada kadbod.

Kerja² mewarnakan "pagar" dijalankan oleh ahli² yang lain.

Pagar yang telah sedia dicat. "Tingkap" pulak baru jer siap dipotong.

Masih lagi berbincang tentang apa yang perlu ditambah.

"Tingkap" yang dah siap dicat dan dilekatkan. Awan larat dibuat oleh bos aku, En. Fendi. Nice!

Daun² kering yang sengaja ditabur di dalam kawasan ber"pagar" untuk menunjukkan suasana halaman.

Dekorasi yang baru siap dibuat. Tetapi masih belum 100% siap.

View di bahagian kanan.

Pintu masuk dengan owning dedaun kelapa.

Pokok bunga yang di"rembat". Bukannya apa, daripada diletak kat hentah memana, baik kitaorang guna.


So, siaplah apa yang perlu dilakukan pada hari ini. Esok, tugasan akan disambung semula dengan menambah apa yang dirancang di dalam lakaran awal. Jadik, tunggukan update terkini. Hehehehehuu...

0 comments: